Tuesday, September 6, 2011

Salam Aidilfitri :)

Assalam,raya raya raya itu lah yang dinantikan semua orang ~ tapi kan bila makin besar,rasa macam biasa je raya :S masa tecik saya la orang yang paling nak tercabut jantung nak raya *excited terrrrrr lebih* haha,tapi sekarang semua nya bagaikan biasa je,tapi raya tahun ni memang tak boring dan memang best! :D Tambahan pula,surau depan rumah wan saya muat untuk solat raya,dia takbir perhhh! sampai bilik air boleh dengar T.T sayuuu sangat,rasa nak menangis je ~ eceh ngade je.

Pagi raya tu memang berebut nak mandi,harhar,faham faham jela kan.Sedara ramai,semua beratur dah boleh buat tol c: hirhir.Tak nak cakap banyak,cuma nak ucap kan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin,salah dan silap harap di maafkan :D




INILAH DIA FAMILY SAYA :D


DENGAN ABANG SAYA & KAKAK SAYA *SAYA PANDANG TEMPAT LAIN* ADA LAGI SORANG,DIA TAK DAPAT NAK JOIN,TAK APA 2 TAHUN NAN TI YE!

Wednesday, August 24, 2011

Mana lagi penting?

Assalam,hiii semua pembaca blog! Minggu ni adalah minggu terakhir puasa,jadi harigailah ianya sepenuh hati :'> insyaAllah kita akan berjumpa dengan ramdhan lagi tahun depan.Korang rasa geram tak,bila hujan bas korang hantar dekat simpang je?dan korang geram tak bila jiran korang biarkan kain ampaian korang kena hujan?Memang minta lesing je kalau gitu.

Itu lah yang terjadi pada saya hari ini,dugaan,panasshhh juga hati ni tetapi sabar je la kan?Dahla hujan lebat,rumah saya jauh pula tu,dia boleh hantar kat simpang je -.- saya tak bayar duit dia kang,padan tak dapat raya,harhar.Saya jalan jela,tapi seronok la pula bila jalan dalam hujan,rasa macam bawah showerrr hahaha.Tapi sampai dekat depan rumah memang saya naik angin betul,kain ampaian saya habiss basah.

Terima kasih dan berjutak-jutak terima kasih kepada jiran saya yang baik hati ni,sebab biarkan je,terima kasih tau!! Dan mak cik van saya,buat la selalu,konfem mak cik bankrup :)

Ni ke dikatakan hidup bermasyarakat?penting kan diri sendiri,tak nak tahu langsung hal orang,baik duduk hutan jaaaa,jaga diri sendiri,tak ada orang kacau.Kan?Kata jiran sepakat membawa berkat,kalau jiran tak sepakat?membawa apa?Haishh,sedih betul dapat jiran yang 24jam kat rumah tapi jaga rumah dia,hal dia dan semuanya diaaaaaa je punya.Apa lah masyarakat macam ni,tolong tolak kain masuk dalam pun susah ke?Macam boleh pengsan jaaa kalau tolak kain tu.

Jadi kepada mak cik,pak cik,adik,kakak dan abang semua sentiasa lah bersikap kerjasama jangan la asyik nak fikir senang diri kita je okay?!!

Tuesday, August 23, 2011

RINDUUU?

Assalam,hii pembaca blog sekalian (: Korang tahu kan saya tengah gaduh dengan "BFF" saya?Saya cerita semua masalah-masalah ni dekat kakak saya,kawan-kawan saya pun yang boleh di PERCAYAI je la.Diaorang semua cakap "SABAR" ianya tak berkesan,kakak saya pun cakap "tak payah lah nak kejar-kejar orang yang tak reti nak hargai jasa orang" blabla.Kawan saya lagi hebat -.- dia boleh jadi guru kaunseling,tapi kalau bantah apa dia cakap kena lesingg lah -.- haha,tak ada la.

Semua orang yang tahu pasal ni,mesti akan cakap "LUPAKAN DIA,LUPAKAN DIA!!!" korang cakap senang la,saya dah cubaaaa untuk lupakan dia,tapi tak boleh jugaks! Bila saya nampak dia,hati saya akan hancur T.T Tak apa lah dia dah ada kawan baru kan,sampai kawan saya pun cakap "KAU NI KAWAN RAMAI,PEREMPUAN TU JUGA KAU NAK KEJAR" pehh ayat.

Tapi kenangan saya dengan dia banyak okay?! Tak boleh lupa baaa :( Tak sangka kawan yang saya kenal sejak darjah 4 buat camniiii.. Haritu bulan 7 kot,saya hantar sms kat dia tanya,bila agaknya nak berbaik semua,dia kata tak kita gaduh okay?kalau aku salah SORRY,saya bosan lah dengan SORRY MORRY dia,lepastu buat balik kesalahan yang diSORRY MORRY kan tu -.-

Apa lah,kawan saya cakap maafkan lah dia,semua manusia buat kesalahan,itu memang laaaa.Tapi kalau korang ada kat tempat saya,rasa nak penyekkan je dia :D memang hati korang panashhhhh dengan perangai dia.Tak apa lah,kita redha jela yang kawan saya ni memang tak boleh di harap :'>

Friday, August 19, 2011

RAMADHAN-21

Assalam,hiiiii korang hari ni RAMADHAN YANG KE 21!!Macam mana puasa,bertambah okay ke bertambah tak okay?haha.Korang ni mesti tak sabar nak tunggu raya kan?yelah minggu depan minggu terakhir puasa.Aku pun tak sabar :DD

By the way korang dah habis shopping raya?Mesti tak enn,terutama perempuan haha,aku pun sama masih mencari barang untuk raya :D Tapi sedih juga kan puasa dah nak habis? insyaAllah akan berjumpa lagi dengan ramadhan tahun depannnnn :D

Tapi gabra sikit nak beli makanan dekat bazaar ramadhan,banyak yang meninggal sebab keracunan,kepada anda semua berhati-hati lah ye semasa membeli makanan.Belek la makanan tu sampai 10 kali pun tak paaaa untuk pastikan ianya BOLEH DIMAKAN :D

Semalam memang seharian mimpi ICE LEMON TEA,HAHAHA!! Masa aku tidur pun boleh mimpi minum air,hahaha :X TERUKSSS NAAAA

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan-17

Assalam,lamaaa en tk update?aha.FOLIO MEMANJANG.Hari ni dah masuk hari ke-17 puasa,banyak dugaan yang sudah banyak saya lalui dengan penuh KESABARAN :'> Hari ni pula Nuzul Al-Quran.Saya duduk rumah sorang-sorang sangat lah sunyi ~ Anda semua mcm mne puasa?OKAY TAK?! HAHA.

Dah shopping raya?Kalau saya pergi shopping dengan kakak saya jangan cakap la,memang satu mall tak cukup bagi kakak saya lah :P haha.Haritu sedara saya datang kl, dia adalah kak kira dan ojan,haha.Ambil dia terus pergi alamanda,tempat 1 kena serbu parkson nak cari baju melayu ayah saya,punya lah lama!haha.Tapi ayah saya tak ikut,dia kata ambil je la mana2,sebab dia bukan kaki shopping.Kak kira dah letih tunggu,saya punnn,so dia pergi jalan2 jap dengan ojan cari baju ojan.

Lepas dah jumpa pergi naik atas pergi cari baju raya kakak saya dengan kak kira,ojan pun kena lah ikutt,shiannn hang sorng ja lelaki,penat kan ikut kitaorang shopping?haha.Tengok punya tengok tak ada ~ baju raya dekat parkson biasa je,banyak barang budak-budak je.Pastu mak saya dengan saya turun bawah nak bayar baju semua,kakak saya,kak kira dengan ojan hilang entah mana,biar lah :P

Lepas itu saya ajak mak saya pergi COLD STORAGE,YA ALLAH tergugat puasa saya tengok coklat dia :S Pergi situ memang nak beli coklat pun sebab rindu nak makan coklat.hihi.Lepas dah beli semua saya duduk jap dekat kerusi tu,penat woi,barang dah la berat, budak 3 org tu melencong je kerja -.-

Lepas dah jumpa diaorang balik,mak kata alamanda ni tak ada apa2 lah,kita pergi ioi mall je laa -.-' Semua mengeluh *wuuuhhhhh* haha.Dah sampai ioi dalam pukul 5 macam tu kot,mak saya hantar je dia nak pergi ambil kakak sedara saya yg lagi sorang dekat kl.so kitaorang balik naik teksi jela.Tapi sebelum pergi ioi,kitaorang pergi puchong perdana nak cari baju untuk first raya,andddddddddddddd I MEET HANTU KAK LIMAH THE REAL ONE,ahaha.tak lah dia duduk tepi jalan tau,rambut dia panjang tapi dia ikat kepada 4 ke 5 bahagian dengan getah warna warni,eee creepy :S mungkin dia tak betul kot,dia india.hoho.

Pergi ioi pulak lain ceritanya,baju memang banyak pilihan tapii kakak saya ni kalau boleh satu kedai tu dia nak duduk 5 jam ==" kak kira pula nak cari seluar jean,ojan pula nak cari t-shirt.Dah jumpa semua,nak dekat balik tu hujan,nk pergi stesen bas kena lalu hujan ~ so naik teksi jela,kena baya 20 ringgit sebab hujan *ALASAN YANG TAK MUNASABAH LANGSUNG!*

BERBUKA PULA DENGAN BERMACAM-MACAM MAKANAN FEBERET,UWHHH NIKMATTT :'>

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan

Assalam,saya disini *cehwahh* cuma nak ucapkan selamat berpuasa,harapan saya untuk puasa tahun ini ialah saya harap puasa tahun ini cukup bermakna dari pada yang lepas :D korang pun,enjoy puasa kay?!!hihi

Hari sabtu atau semalam sedara-mara aku semua buat kenduri untuk puasa,waaaa have fun with them :'> My grandmother aww she's so cutee, *eh tak perli* fathullah aku tau kau baca blog aku tak payah nak gelak eh -.- haha.Nasib kau tak kena macam farid kena,HARHARHARHAR :PPP kalau kau kena hilang kehenseman kau :P

Okay itu sahaja lah post saya,tak dapat nak buat panjang2 sebab cuma nak ucapkan SELAMAT BERPUASA je.HAVE FUN WITH RAMADHAN PEOPLE :)

Friday, July 29, 2011

Masalah

Assalam,hi pembaca blogger sekaliannn (: Aku habis exam hari ni,dannnn kenapa hari ni aku asyik nak gelak je kerja -.- Masa dah habis jawab paper ert,tak tahu nak buat apa,suka hati kawan-kawan aku je berborak,tapi bukan tiru jawapan haaaa.Aku pusing belakang tengok Alice tengah baca lawak kampus,toleh depan balik,lepastu aku rasa pelik asal lawak kampus dia macam novel Harry Potter sebab tebal semacam,aku toleh balik tapi tu memang betul lawak kampus,aku diam je lah.

Lepas rehat tu tak belajar,apa lagi bising je la budak kelas aku,aku minta Alice punya buku,ohh baru faham tu komik lawak kampus yang dia campur dan tambah-tambah sikit,padahal tu komik feberet,haha.Tahan je gelabah masa pegang buku tu -.- hahaha.Aku pun baca,punya lah sakit perut aku tahan nak gelak,tapi kat kelas kan tak kan la nak bintai gelak kuat-kuat kot -.- haha.Aku perasan ada orang tengok aku macam pelik,sebab asyik gelak je -.-

Aku baca sambil tegakkan buku tu supaya orang tak ingat yang aku gelak sorang2 haha.Serious aku tak boleh tahan ketawa,aku gelak la juga sikit-skit tapi coverr la kan.Aku terus bersemangat nak beli buku tu,kalau ikutkan nak je aku baca atau bawa balik :P haha,aku baca sampai muka surat 6o lebih,serious aku memang nak beli buku tu!! Haihh ni la padahnya kalau jumpa komik feberet :P Lawak kampus wait for me!! You'll be mine!! harharhar :DD