Saturday, July 16, 2011

HARI KELUARGA TNB !

Assalam,hiii pembaca sekaliannn (: Tadi saya penat gila!Pergi hari keluarga tnb,tapi BEST GILA WOO!!! ADA BUNKFACE! AHHH SAMMM HENSEM GILA !!! Gelabah je -.-.Aku pergi dengan ayah aku,mak aku dan kakak aku sahaja :).Mula-mula datang tu rasa macam bosan je,tak tahu kenapa.Lepas dah ambil goodie beg yang sebesar gajah tu -.- pergi duduk-duduk jap sambil tunguu perasmian dia.Nasib baik la datuk tu banyak celoteh,kalau tak aku sumbat kapas dalam mulut dia -.- hahaha :P Lepas tu dia terbang belon yang comel-comel ~

Lepastu pergi cari makan dekat gerai-gerai,serious aku bengang gila,tolak tolak maklumlah dah ramai sangat,terima je hakikat ~ Dah dapat makanan,tunggu tempat,ada pula mak cik yang cun melecun ni duduk buat tak tahu,padahal dah habis makan tu,tak ada perasaan la mak cik ni T.T HAHAHA.Dah dapat tempat duduk,makan la dengan selera sebab keluar dari rumah tak makan apa-apa kot,shiannn ~

Lepas makan,DJ tu cakap la ada jualan dekat sana sini,hari keluarga mestilah banyak benda free kan,air milo pun free,macam-macam lah.Kitaorang semua nak turun padang pergi tengok game apa yang best.Banyak la juga game aku main,antaranya bola jaring,alahh mini punya,banyak lagi lah malas nak tulis :P Lepas dah main main tu,ada arnab ni nak bergurau pula dengan mak aku,dia halang mak aku jalan,pastu ada mak cik tu cakap 'TARIK JE GIGI DIA' HAHAHA,kesian dekat dia mak cik :P

Ada badut juga ~ aku tak suka badut,annoying kot -.- haha.Tapi ada badut yang comel :P Dari kecil sampai besar aku takut badut,muahaha :D lepastu kitaorang pergi auditorium nak tengok bunkface,kata pukul 12,tapi pukul 2 bunkface nyanyi -.-.Sebelum bunkface keluar ada usop wheelchair,hahaha dengan sathiya banyak betul kerenah :D dan ada ramli sarip *papa rockk* first time aku menghayati lagu rock dia,dia best kot bila tengok live.Dia pun pandai ambil hati staff tnb,amboii *godek* hahaha.

Lepas dia dah habis nyanyi,semua berdebar ni nak tengok bunkface,masa tu kitaorang duduk dekat bahagian atas,sebab bawah dah penuh,kakak aku tak puas hati sebab tak dapat tengok sam FACE TO FACE -.- turun la,depan pentas tu aku dengan kakak aku berdiri,bukan kita dua je,ramai lagi! YA ALLAH SAM,KAU BUAT AKU TERGODA -.- HAHAHA! Dia nak baling spect dia,tapi tak jadi.Sayang la tu.Lepastu dia turun,yang dah dekat depan semua lari kejar dia -.-.haha.Kawan-kawan dia pun wuhhh hensemmm --'.hahaha.

Habis corncert bunkface,balikk,penat kot -.-

KALAU POST NI NAMPAK MACAM NAK MENUNJUK GUA MINTA MAAF KAY,GUA CUMA TERHARU DAPAT JUMPA SAM -.-